Aircond apa yang okay?

Cuaca Malaysia merupakan cuaca jenis iklim Khatulistiwa. Disebabkan cuaca yang panas, negara kita penuh dengan berbagai-jenis jenama aircond yang kadang-kala mengelirukan pembeli. Tapi sebenarnya jenama aircond apa yang paling okay? Apakah faktor-faktor yang perlu pembeli ketahui sebelum membeli aircond? Hari ini, kedai aircond Star Venci akan mengajar anda tips-tips untuk memilih aircond yang sesuai.

1) Pertama, pastikan anda faham perbezaan inverter dan non inverter.

Terdapat 2 jenis aircond dalam pasaran, iaitu aircond yang jenis inverter dan aircond non inverter. Antara dua jenis aircond tersebut, inverter siap dengan fungsi jimat elektrik dan saiz aircond inverter biasanya lebih kecil.
 

Bagaimana inverter mampu jimat elektrik?

 

Unit outdoor inverter biasanya lebih pintar berbanding dengan aircond biasa. Indoor inverter mampu menghantar signal kepada unit outdoor untuk berkerja lebih lambat sekiranya suhu bilik menjadi rendah. Manakala untuk aircond yang biasa, unit outdoor aircond hanya akan bekerja dengan kelajuan yang ditetapkan.

Oleh itu, sekiranya suhu yang detetapkan oleh pengguna aircond dah dicapai, aircond inverter juga akan membantu anda untuk mengekalkan suhu bilik. Begitulah caranya aircond inverter dapat membantu anda jimat elektrik, iaitu dengan sleeping mode ataupun idle state outdoor unit sekiranya suhu ditetapkan telah dicapai .

Tetapi aircond jenis inverter biasanya lebih mahal berbanding dengan aircond yang biasa ataupun non inverter.


                   Inverter VS Non Inverter

 

2) Pilih jenama aircond yang sesuai

Lepas pilih jenis aircond, bolehlah kami pilih jenama aircond yang apa nak pakai. Di Malaysia, jenama aircond boleh dibabahagikan kepada jenama tempatan dan jenama negara cina. Jenama tempatan termasuk Daikin, Panasonic. Jenama cina pula termasuklah Midea, Haier dan lain-lain.
 

Kelebihan aircond Daikin

Aircond Daikin biasanya siap dengan fungsi tambahan wifi ataupun smart control. Dengan applikasi, anda dapat mengawal aircond anda dengan telefon pintar. Applikasi tersebut juga membolehkan anda untuk memerhati berapa tenaga pakai dalam dashboard. Warranty aircond Daikin biasanya 1 tahun indoor, 5 tahun outdoor.

Kesimpulannya, kelebihan Daikin aircond.

1)Siap dengan fungsi Wifi
2) Jenama tempatan yang biasanya lebih mahal
3) Warranty biasanya 1 tahun indoor, 5 tahun outdoor

Tekan sini untuk beli aircond promo terkini.
 

Model terbaru aircond jenama Daikin termasuklah FTV-P dan FTKF series aircond


Smart Control - GO DAIKIN App

                             User interface applikasi Go-Daikin

 

Kelebihan aircond Panasonic

Panasonic aircond juga merupakan jenama tempatan seperti Daikin, tapi Panasonic tidak serupa Daikin yang hanya ada product line aircond, Panasanic juga jual alat elektronics yang lain. Kelebihan aircond Panasonic adalah fungsi Nanoe yang mempu membunuh kuman dan bacteria dengan ionz. Fungsi tersebut juga dikatakan mampu menghalang coronavirus

Selain daripada itu, jika berbanding dengan aircond Daikin, aircond Panasonic tiada fungsi wifi, tapi and aboleh beli dongle wifi untuk aircond Panasonic anda.
 

Kesimpulannya, kelebihan aircond Panasonic.

i) Siap dengan fungsi Nanoe yang mampu menghapuskan kuman dan virus yang bahaya dengan ionz.
ii) Rating model inverter terbaru Panasonic XPUWKH adalah 5 bintang
iii) Jenama tempatan dan warranty biasanya 1 tahun indoor & 5 tahun outdoor

 

Tekan sini untuk beli aircond promo terkini.

 

                                                                            Infographic kelebihan Nanoe aircond Panasonic

 

Kelebihan aircond Midea

Walaupun tidak mempunyai fungsi tambahan seperti smart control ataupun Nanoe Model terbaru Midea seperti MSAG-CRN8 & MSXS-CRDN8 siap dengan air ionizer yang berfungsi sebagai pelapis udara, maknanya anda akan dapat package 2+1  dengan membeli aircond Midea. Midea aircond biasanya lebih murah sebab buatan negara Cina.

Kesimpulannya, kelebihan aircond Midea.

i) Siap dengan air ioniser 
ii) Harga biasanya lebih murah sebab buatan negara cina
iii) Warranty biasanya 2 tahun indoor 5 tahun outdoor

 

Tekan sini untuk beli aircond promo terkini.

midea-aircondair-ioniser

 

 

Kelebihan aircond Haier

 

Untuk Haier Inverter, model terbaru adalah HSU-VNR R32. Manakala untuk Haier non inverter, terdapat 2 model iaitu HSU-LTF dan HSU-LFA. Sebenarnya, kedua-dua model tersebut adalah sama dari segi fungsi, dimensi dan lain-lain. Cuma LTF merupakan model terbaru 2020 yang lebih senang dipasang kalau berbanding dengan LFA. Kelebihan Haier aircond adalah warranty yang biasanya lebih panjang.

Kesimpulannya, kelebihan aircond Haier.

i) Warranty lebih panjang, biasanya 3 tahun indoor 10 tahun outdoor.
ii) Biasanya lebih murah, buatan negara Cina

 

Tekan sini untuk beli aircond promo terkini.

Jadi, aircond apa yang okay?

Sebenarnya tidak wujudnya aircond yang terbaik sebab aircond ada kelebihan masing-masing. Terpulang kepada berapa anda ingin melabor ke aircond anda Cuma kalau anda ada budget yang lebih, boleh pilih aircond Daikin yang mempunyai smart control ataupun Panasonic yang terdapat fungsi Nanoe yang membunuh kuman dan bacteria. Kalau nak aircond yang budget, anda boleh memilih aircond buatan Cina iaitu Midea, Haier ataupun Gree. 

Kami mampu membantu memilih aircond yang sesuai dan cepat sejuk, tekan link tersebut untuk beli aircond promo.